Monday, 9 July 2012

                          Bicara Hati Ku
                 ****************************
  (perasan aku nak karya novel..hehe..suka-suka je)

Semalam aku menangis.Menangis sendirian waktu malam...sunyi...gelap-gulita dlm bilik ku.Melihat keatas sambil berbaring...air mata ku meleleh dari hujung penjuru mata ku hingga membasahi kuping telinga ku...mengapa kau berubah?Sedarkah kau setiap gerak-geri..percakapan..jelingan mata sgt menyakiti hati ku.Ya..ENGKAU...engkau yg tak bernama..engkau yg namanya aku telah lama lupakan tapi bayangan wajah kau tetap muncul berligar2 di fikiran ku..menusuk2 hati ku dengan sikap kau sekarang...berlainan dari biasa.Adakah kau telah memiliki kemewahan dari karier pekerjaan mu yg makin maju...kepandaian dari ijazah2 yg kau perolehi dengan kerja keras belajar ke luar negeri kau merasa kau lah yg terhebat...pengetahuan yg membuak2 membuat kau hanya berinteraksi dgn orang2 yang sefahaman dengan kau sahaja hingga aku di depan mata sepertinya tidak ujud pada kau lagi.Mengapa?Airmata ku berlinang lagi menahan sebak didada tapi kali ini air hidung aku juga mengalir keluar.Begini hebatnya kau menghacurkan hati dan perasaan ku tanpa susah-payah sepertinya menganggap aku manusia tidak penting...tidak berguna.Aku sedar diri aku ni siapa.Aku tidak sepandai kau.Kelulusan aku pun tidak setinggi mana...tidak sesuai bersoal-jawab dengan kau lagi.Aku sekarang tidak bekerja..hanya setakat suri rumah saja...kalau bekerja pun setakat kerja kilang saja.Aku tidak miliki kemewahan seperti kau sekarang tapi aku selalu bersyukur apa yg aku ada dan tidak menyusahkan orang lain...tidak menyusahkan kau.Aku sahaja pada awalnya tidak perasan akan perubahan sikap kau terhadap aku...aku sepertinya terhegeh2 ingin berbual  dengan kau tapi kau seperti tidak mendengar aku..tidak menjawab soalan ku...tidak melihat kearah aku.Hanya i-phone mahal yang kau miliki sekarang jadi tatapan kusyuk kau setiap kali aku mendekati kau.Aku mengalah...pernah aku berdiam diri saja tapi tidak pernah kau menyapa aku walaupun aku duduk di sebelah kau.Sekarang aku cuba menjauhi diri dari kau kerna setiap kehadiran kau adalah setiap kehancuran hati nurani aku.
Aku tidak sanggup lagi merasa betapa rendahnya diri aku di mata engkau...tidak sanggup lagi.Kehadiran kau walaupun beberapa minit adalah penderitaan aku berhari2.Aku akan pergi dari kehidupan kau dan aku tahu pemergian aku ini mungkin tidak kau sedari kerna walaupun aku ada sepertinya tidak ada bagi kau.Nanti suatu hari apabila kau terasa satu kehilangan yang susah kau gambarkan...itu adalah AKU...

"Apabila kehilangan datanglah kesadaran"disini