Friday, 22 November 2024

Kehilangan

Malam ini entah mengapa aku lebih teringat kan dia. Dia yang sudah dua tahun meninggal kan aku, meninggal kan segala kenangan yang manis, itu yang aku akan sentiasa ingat akan dia. Selalu menjadi penghibur aku apabila kehadirannya. Sunyi-sepi, tiada kedengaran gelak ketawanya lagi apabila berkumpul, aku terasa janggal pada permulaan seperti tidak percaya dia telah pergi.

Dua tahun, ya dua tahun pemergian dia yang bayak mengajar aku untuk berdikari, memberi aku semangat untuk mendapat apa yang terbaik untuk ku, bukan setakat redha dan terima apa yang sekadar yang mampu. Dia lah yang pertama memberi aku sinar harapan dalam aku mengejar apa yang tersirat di hati ku hingga aku dapat apa yang dihajati tapi sekarang...aku kehilangan bara semangat untuk terus mengengamnya setelah ia terlepas kerana tidak keadilan dalam sandiwara dunia ini. Pada siapa kah aku ingin mengadu kesedihan ku ini? Semuga engkau tenang di sana Sahabat ku, Amin.